PENDAHULUAN
Saya Nur Amira bt. Mat Nasib dan rakan saya Nur Suzana bt. Mohd. Rojali.Kami dari murid Tingkatan Satu Cempaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout.Kami telah menjalankan kajian tempatan bersama-sama dengan empat orang rakan saya.Tajuk kajian saya ialah kesan terhadap pembinaan jalan raya di Felda Besout,Sungkai,Perak.Kami telah memilih Felda Besout Satu Tambahan sebagai kawasan Kajian Geografi Tempatan kami.
Melalui kajian ini,kami dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di kampung ini.
KAWASAN KAJIAN
Kami telah memilih Felda Besout Satu Tambahan sebagai kawasan kajian.Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal kami.Oleh itu,ini memudahkan kamu untuk menjalankan kajian ini.
Felda Besout Satu Tambahan terletak di Sungkai dalam daerah Batang Padang.Bilangan penduduk di kawasan ini kira-kira 300 prang sahaja.Kebanyakan daripada mereka beragama Islam.
KAEDAH KAJIAN
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlikan dalam kajian ini.
(a) Lawatan dan pemerhatian.Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pelbagai bentuk muka
bumi dan taburannya.
(b) Pembacaan.Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang kesan pembinaan jalan
raya.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti kepentingan jalan raya bagi penduduk Felda Besout.
Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan pembinaan jalan raya Besout - Slim River
Mengkaji kesan pembinaan jalan raya terhadap bentuk muka bumi di Besout.
HASIL KAJIAN
Memudahkan hubungan dengan Slim.Selain itu,ia dapat memendekkan masa dan jarak perjalanan.
Kesan bukit yang tinggi terpaksa ditarah dan boleh berlakunya tanah runtuh dan hakisan tanah.
Manakala kawasan berpaya terpaksa ditambat dan berlakunya mandapan tanah.
No comments:
Post a Comment